Tuesday, 25 October 2016

[5 KELEBIHAN PELABURAN UNIT TRUST]

Hari ini, Pak Cu ingin kongsikan 5 kelebihan pelaburan unit trust, jom sama-sama
kita kenalinya. Boleh tambah di ruangan komen di bawah sekiranya masih ada kelebihan yang lain. 
1. #KOS RENDAH
-Kos pelaburan adalah serendah RM1,000 sahaja
-Dengan pelaburan berkala setiap bulan serendah RM100 sahaja 
-Pelaburan dalam unit trust juga boleh dilakukan melalui pengeluaran akaun 1 KWSP (TAK melibatkan modal tunai sendiri)

2. #KEPELBAGAIAN (DIVERSIFICATION)
- Kepelbagaian ini boleh mengurangkan risiko pelaburan sebab itu acap kali kita mendengar kata-kata mutiara ini: 'Don't put all your eggs in one basket'.
- Dana dilaburkan dalam pelbagai sektor, oleh itu kerugian yang dialami dalam satu sektor/kaunter boleh diimbingi oleh keuntungan di dalam sektor/kaunter lain.
- Dengan pelaburan serendah RM1,000 sebenarnya kita sudah boleh dikatakan melabur dalam saham syarikat-syarikat besar.
3. #PENGURUSAN YANG PROFESIONAL
- Unit trust diuruskan oleh mereka yang profesional dan berpengalaman dalam dunia pelaburan.
- Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran serta pengetahuan mereka dalam bidang ini.
- Syarikat Unit Trust pula dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk memastikan industri Unit Trust mempunyai tahap piawai yang tinggi.
4. #KECAIRAN
-Tahap kecairan dalam pelaburan Unit Trust adalah tinggi.
- Boleh jual atau beli bila-bila masa sahaja.
- Proses pengeluaran/penjualan biasanya mengambil lebih kurang 12 hari bekerja (kebiasaan lebih cepat dari 12 hari)

5. #KELEBIHAN COMPOUNDING
- Kuasa 'Compounding' iaitu wang anda beranak. Wang yang dilaburkan berjadi bertambah kesan dari kuasa 'Compounding'
- Sebagai contoh, pelaburan asal RM10,000, dengan pulangan 10% setahun, tahun seterusnya pelaburan anda menjadi RM11,000. Sekiranya wang ini terus dilaburkan dan dibiarkan berterusan, selepas 20 tahun wang ini sudah menjadi RM67,275...Wow !!
- Itulah kuasa compounding, wang bekerja untuk anda untuk menghasilkan lebih banyak wang.

Owi Kian Eng (Pak Cu)
018 - 901 8282
Perunding Unit Amanah Anda


No comments:

Post a Comment